Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya mengalami sakit² sendi pada lutut, pharmacy memberikan sya spirulina… Adakah ia baik utk saya? dan untuk kaki terseliuh dan bengkak
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Menurut keterangan anda, sakit lutut dan sendi boleh disebabkan oleh :
Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Berdasarkan pemahaman kami, spirulina merupakan supplemen pemakanan yang berasaskan sayuran dan mengandungi serat yang tinggi. Ia sekadar supplemen sampingan dan bukanlah ubat sebagai tujuan rawatan kepada apa-apa penyakit. Tambahan pula, anda boleh untuk mendapatkan khasiat ini melalui pemakanan sebenar. Ekoran itu, anda hendaklah mendapatkan pandangan doktor sebelum mengambil suatu ubat. Perlu juga diketahui bahawa ubat dan suplemen merupakan dua entiti yang berbeza dan spirulina hanyalah supplemen sahaja.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.