Anonymous
6 tahun
Sakit separuh kepala kanan
Saya wanita dalam 20’an.Saya mengalami sakit kepala atas di bahagian kanan.Setiap kali sakit terasa menyucuk-yucuk seperti ada besi kecil di dalam kepala.Sudah tiga minggu saya mengalami sakit kepala ini,pernah juga muntah. Saat saya makan ubat panadol,bahagian kecil yg terasa menyucuk tidak hilang,sentiasa rasa sakit.Di samping itu,apabila waktu malam suhu badan menjadi panas.Kini,rasa sakit dalam kepala turut terasa separuh bahagian kanan kepala.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala boleh disebabkan:
- Sakit kepala migrain
- Perubahan hormon badan
- Penggunaan ubat perancang keluarga
- Jangkitan selaput otak - disertai demam waktu malam pada kebiasaannya serta tidak suka cahya terang
- Tekanan darah tinggi
- Ketumbuhan dalam otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































