Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit seperti menyucuk di telinga dan terdapat cecair

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 6, 2020 12:50 AM

Sulit 2 bulan

Hi,selamat pagi.Saya berumur 18 tahun dan sejak 4 May saya mengalami sakit di telinga saya.Pada mulanya hanya denyutan namun pada pagi semalam saya kehilangan daya pendengaran dan saya merasakan bahawa terdapat cecair di dalam telinga saya.Pada keadaan tertentu,cecair di dalam telinga saya akan hilang sebentar dan pendengaran saya kembali pulih dalam tempoh 15 saat.Denyutan dan rasa seperti dicucuk di telinga saya tidak hilang.Saya hanya ingin menanyakan bahawa adakah ini gejala symptoms yang serius dan memerlukan rawatan atau ianya akan hilang dengan sendiri,Terima Kasih

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan dalam telinga
  • Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
  • Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
  • Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
  • Kista
  • Abses atau nanah

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 06 2020 00:50:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Cara cuci taik telinga keras selain titis ubat Hai , saya berumur 16 tahun . Saya ingin bertanya doctor , bagaimana cara untuk saya korek taik telinga yang keras selepas lega dari nanah ? Sebelum nanah dalam telinga terjadi saya telah titis… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Telinga bernanah membuat pening dan badan tak stabil Saya wanita berumur 41 tahun telinga saya ada masalah bernanah dan membuatkan saya pening,mau muntah dan beduru pun rasa terhuyung-hayang Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Terasa sakit dkt telinga Terasa sakit dkt telinga… Sy ada jumpa dktr…dktr sambung antibiotik untuk 1minggu lagi… Ape perlu sy buat… Kadang2 tk selesa… Sakit telinga sgt… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Ketulan di cuping bahagian atas telinga Hai doktor… bahagian trlinga saya sudah beberapa bulan ada ketulan sebesar kacang hijau…saya ingat ianya mungkin kelenjar sahaja… jadi saya biarkan… walaubagaimanapun… sufah seminggu ianya sufah… Baca lagi...
45 hari
anisamira0016
Bengkak leher dan sakit telinga Doktor saya mengalami ketegangan leher. Mula-mula hanya bengkak pada bahagian bawah telinga berdekatan rahang leher sebelah kanan. Esoknya saya bangun tidur berpeluh-peluh, saya demam tapi demam saya … Baca lagi...
56 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi