Sulit
5 tahun
Sakit tekak,batuk,sakit dada lemah badan&perubahan emosi
Saya seorang pemuda berumur 29 tahun…saya ada menghadiri majlis perkahwinan pada 15 mac yg lalu…sehari selepas itu saya sakit tekak,batuk,sakit dada dan ada perubahan emosi dan psikologi saya mudah rasa sedih &bimbang…saya telah pergi berjumpa dengan doktor dan doktor dah ambil sampel darah saya dan ujian menunjukan yg saya tidak dijangkiti apa2 virus…cuma kata doktor ada sedikit kuman dalam darah…apa yang merisaukan saya ialah dua perubahan emosi yg saya sedang alami yaitu mudah rasa sedih dan bimbang…sebab saya ada baca infografik yg dikeluarkan oleh kkm tentang simptom covid 19 dari sudut emosi dan psikologi…
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, gangguan emosi bukanlah penanda aras yang menjurus kepada jangkitan virus ini. Kadangkala, pesakit bimbang jika mereka dijangkiti virus ini. Namun, memandangkan anda telah mendapat pandangam doktor serta telah pun menjalani ujian darah yang menunjukkan bahawa terdapat jangkitan kuman, anda tidak perlu lagi risau.
Pantau gejala anda sepanjang tempoh rawatan. Jika keadaan semakin meneruk dan tiada perubahan, rujuk kepada doktor dengan segera.
Untuk menilai risiko jangkitan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































