Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan kuat sendawa
Sya berumur 22 tahun. Tidak ada context dgn pesakit covid 19, tetapi sya ada rasa sakit tekak dan kuat sendawa, kalau malam sya kuat membuang air kecil, suhu badan sya average 3 hari adalh 36.6…
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- radang pharynx
- radang tonsil
- dehidrasi
- cuaca panas
Gejala kuat sendawa boleh disebabkan oleh masalah kesihatan berikut:
- GERD
- Gastrik
- Irritable Bowel syndrome
Masalah kerap membuang air kecil disebabkan:
- air yang tinggi dalam badan
- kencing manis
- tinggi kandungan kalsium dalam darah
- diabetes insipidus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Terima kasih.