Sulit
3 tahun
Sakit tekak dan ulcr serta bengkak bwh telinga
Sy ade sakit tekak…dan rs sakit di sebelah kiri leher…bila cek pd 6.7 mkn smp skrg di klinik doc cakap ade ulser .so dia bg saya antibiotik erythromycin ,prolase n panadol…so hr ni sy rasa ade bengkak di bawah telinga sebelah kanan…cuma sy nak tya perlukan sy jmp esok doc utk beritahu bengkak ni…atau tgu smp habis antibiotik ni shingga esok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bengkak di bawah telinga kanan anda berkemungkinan besar merupakan getah bening yang bengkak. Ini merupakan tindak balas yang biasa berlaku apabila terdapat jangkitan di kawasan yang berdekatan getah bening tersebut. Buat masa sekarang, anda boleh teruskan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsi doktor. Namun, sekiranya benjolan ini sakit dan kemerahan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.