Sulit
3 tahun
Sakit tekak tapi kering tiada kahak dan ianya berlanjutan selama beberapa hari saja, tak sampai seminggu
Saya berumur 47 thn.dan ada penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan SLE. Saya mudah dijangkiti sekiranya ahli keluarga ada batuk atau demam. Soalan saya, adakah sakit tekak kering salah satu simtom penyakit covid 19 ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah mudah dijangkiti batuk dan demam akibat masalah buah pinggang dan SLE. Untuk makluman anda, sakit tekak merupakan salah satu simptom jangkitan COVID-19, dan simptom-simptom yang lain adalah:
- Demam
- Batuk dan selesma
- Sesak nafaas
- Cirit-birit
- Muntah dan loya.
Sekiranya anda mempunyai risiko jangkitan seperti terdedah (Close contact) dengan pesakit COVID-19, ataupun berada dalam zon daerah berwarna merah, terdapat kemungkinan anda mengalami jangkitan tersebut, terutamanya jika anda mengalami simptom-simptom ini pada tempoh 14 hari selepas tarikh pendedahan risiko.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami tidak pasti bahawa SLE dan penyakit buah pinggan ini adalah kait dengan jangkitan virus COVID-19 kerana SLE merupakan sejenis penyakit autoimmun badan dan ia tidak dengan berkait dengan pertahanan imun yang rendah. Kemungkinan besar juga bahawa sakit tekak anda adalah disebabkan oleh penyakit SLE tersebut dimana antibodi-antibodi yang jahat telah menyerang sel-sel dan tisu tekak anda tanpa sebab. Oleh itu, jika perkara ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang tengah merawat anda bagi mendapatkan solusi yang terbaik untuk masalah anda. Pada biasanya anda akan diberi ubat untuk mengurangkan simptom yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.