Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk sehingga tulang
assalamualaikum doc…saya wanita berumur 44 thn ingin bertanya…saya mengalami sakit tengkuk dgn tiba2 ketika saya tengah makan tengahari…sakit tu terus sampai ke tulang belakang saya…adakah sebab saya stress boleh myebabkan skit tengkuk tersebut??dan adakah ia ada kaitan dengan jantung sy??saya tidak boleh nak tegakkan kepala saya dgn betul doktor…kalau saya tegakkan akan berasa sakit sampai ke tulang belakang…ini membuatkan saya rasa kurang selesa…harap doktor boleh beri keterangan dgn lebih lanjut dan apakah cara rawatan yg perlu saya ambil.terima kasih doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.