
nur25082000
5 tahun
Sakit tepi perut sebelah kiri
Saya wanita umur 19 sudh brkahwin…selalu mslh rsa skit tepi perut sebelh kiri sehingga sakit nak membuang air kecil & air besar…semasa dlam hubangn intim sy & suami sya… Sya selalu kerap rsa skit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri boleh disebabkan:
- Sindrom Iritasi Usus
- Divertikulitis
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Masalah testikular
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.