edenside268
5 tahun
Sakit tumbuh gigi bungsu
Saya eden umur 20an saya mengelami kesakitam tumbuh gigi bungsu sudah 4 hari saya mengalami sakit nie,macam mana saya nak mengatasi sakit nie doktor, sehingga pemakanan saya terganggu tambahan pula ini bulan rahmadan ubat tahan sakit dan bengkak dah banyak saya makan bila makan ubat sakitnya reda seketika dan saya nak tanya sampai bila saya nk menahan sakit nie doktor berkumur dengan garam saya dah buat tapi still tak sembuh berkumur dengan kumuran yang saya beli di farmasi pun sama still masih tak sembuh
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Untuk makluman pihak anda, sakit pada bahagian gigi tersebut sebaiknya dirujuk kepada doktor gigi. Hal ini kerana ia boleh disebabkan oleh masalah yang tidak kelihatan pada mata kasar anda.
Oleh itu sila rujuk kepada doktor gigi terdekat anda. Rawatan yang tepat serta ubat tahan sakit jika diperlukan boleh disarankan oleh beliau sekiranya masalah tersebut berkaitan dengan gigi anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan nasihat tentang masalah ini. Terima kasih.



























