Sulit
2 tahun
Sakit untuk bernafas
saya peljar, 19 tahun. baru2 ni, saya mngalami susah utk bernafas sehingga brsa sakit pda bhgian dada. apakah penyebabnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan asma
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain itu, sejarah kesihatan dan gejala anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut supaya rawatan yang betul dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.