Sulit
5 tahun
Sakut Tekak & Sakut Kepala
Sy watson…umur 35 thn…skt tekak dh 2 mgu…skt tekak x brp kuat tp smpi skrg msh ada rs x selesa d tekak…kdg2 skt kepala
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Sebarang masalah pada tekak boleh menyebabkan kesakitan rujukan (referred pain) pada kepala. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























