
Sulit
4 tahun
Salam doc sya sekarang tengah sengugut. tapi sekarang saya juga rasa nak pitam lepas tu rasa nak muntah. saya sampai tak larat nak berdiri sakit sngat.. tolong doc apa patut saya buat
Saya tengah period lepas tu rasa nak pitam lepas tu rasa nak muntah juga. Sakit sangat bagian perut… Sya berumur 20th blm berkhwin

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat bahan aktif dalam badan manusia yang dinamakan prostaglandin yang mempunyai fungsi seperti hormon. Prostaglandin juga mempunyai fungsi untuk menyebabkan kontraksi rahim. Individu yang mempunyai level prostaglandin yang tinggi boleh menyebabkan kontraksi rahim menjadi lebih kuat dan lebih sakit. Prostaglandin juga boleh menyebabkan masalah muntah, cirit-birit dan sakit kepala ketika haid.
Namun ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Pemeriksaan lebih lanjut diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan. Untuk makluman anda, senggugut biasanya diklasifikasikan kepada dua jenis:
- Sengugut primer
Berlaku sehari atau dua sebelum datang haid dan sehari atau dua ketika haid. Sengugut jenis ini disebabkan oleh bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim, dan ianya adalah biasa terjadi pada wanita.
- Sengugut sekunder
Sengugut jenis ini pula berlaku sepanjang haid dan ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan kesakitan ketika haid seperti:
- menggunakan pad panas
- memandi dengan air pada suhu yang suam
- bersenam selalu
- memakan makanan yang lebih berkhasiat
- memakan vitamin
- kurangkan pengambilan gula dan kaffein
Anda masih risau tentang senggugut ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.