Sulit
2 tahun
Salam doctor saya seorang pesakit buasir hampir 6 tahun
Saya ada masalah buasir yg dah membengkak selama 4 hari…saya tak pasti sebab apa 4 hari lepas tiba2 buasir luar saya membengkak dengan cepat,sblum bengkak terjadi,saya makan nasi lauk kerang dan kupang sampai 2 pinggang,lepas tu saya duduk atas sofa dalam masa yg lama jugak dan tiba2 terasa buasir saya sakit,rasa berdenyut2 dan membesar size hujung jari keliegking,saya ada pergi klinik dan dktor beri ubat daflon,saya makan smpai hbis pun tak kecut,saya risau kalau tak sembuh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu buasir yang membengkak, dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, gejala bengkak yang terdapat pada kawasan dubur anda boleh disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lebih serius, seperti:
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Memandangkan adanya risiko jangkitan, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara tekekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi