harryasprion
6 tahun
Saluran kencing gatal
sy lelaki yg mengalami saluran kencing yg gatal 3hari yg lalu…antibiotik apa yg sy perlu ambil di farmasi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal saluran kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan dermatitis - pada kain contohnya
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Jangktian herpes genital
Sebetulnya, ubatan antibiotik harus diberikan dengan prescription dari doktor sahaja. Maka, sebaiknya anda merujuk doktor agar penyebab gatal dapat dikenalpasti dan dapat dievaluasi keperluan pemberian ubatan seperti antibiotik dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































