Sulit
5 tahun
Sama ada saya terkena sifilis atau tidak
saya berumur 20 tahun dan berat saya sekitar 75 kgs.saya juga telah melakukan hubungan sex sekitar 5 hari yang lalu. sewaktu saya membuang air kecil, saya ada berasa pedih dan bila saya lihat di kemaluan saya terdapat bintik bintik merah. ia sangat pedih jika terkena air tetapi tidak begitu gatal. ia juga mengeluarkan cecair yg berwarna putih dan kadang kadang berwarna kuning. saya juga telah pergi ke klinik, doc cuma kata dia suspect sifilis dan dia beri ubat antibiotic dyxocycline. adakah saya terkena penyakit sifilis? atau ada penyakit lain? seterusnya, adakah saya akan kembali pulih setelah mengambil ubat tersebut?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, amat besar kemungkinan untuk anda terkena penyakit sifilis akibat hubungan seks anda 5 hari lepas dan doktor sudah memberikan ubat untuk merawat penyakit tersebut.
Penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.
Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas dari sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.
Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.
Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.
Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.



































