
Sulit
3 tahun
Sawan tapi bercakap..badan rasa lemah lpstu mamai lpstu x sedar apa yg jadi..kena Tak sampai 2 minit
Assalamualaikum dr…saya umur 17tahun…saya ada penyakit sawan sejak 2017 …tapi jarang² brlaku…tapi sejak tahun ni setiap hari saya kena…tapi bkn mcm sawan mula² saya kena tu…paling teruk saya kena sawan yg mula² tu pada 2019…tapi slps itu jarang berlaku…tahun lepas saya amalkn diet sbb hormon saya x stabil…saya x tahu penyakit saya ni…die jadi mcm …bile saya pandang sesuatu lpstu saya fikir kadang² x fikir Pon die boleh serang juga…lpstu badan saya seram sejuk …lpstu menggeletar…lpstu badan saya terus lemah …lpstu saya mamai langsung x sedar apa yg jadi…kadang² x rasa mcm ni Pon jadi jugak…saya tahu jadi mcm ni sbb org bgtahu…diorg terkejut… tiba² saya sebut ya Allah,yaAllah,subhanallah,subhanallah…jadi saya mcm risaulh ape penyakit saya ni…kadang² Masa tidur Pon jadi xde Pon pikir ape²…dulu saya kena sawan waktu tidur je…skrg penyakit saya ni waktu tidur kena waktu berjaga Pon kena…bln puasa haritu saya masuk hospital …tapi Dr kata sawan ni x bercakap…jadi saya x tahu ape penyakit saya sampai skrg…Dr siap tambah dos ubat dan tambah ubat…tapi xde kesan ape²…Makin kerap berlaku setiap hari…saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mempunyai sejarah penyakit sawan sejak 2017 dan anda risau serta ingin tahu akan penyebab gejala yang anda alami ketika ini dimana ia semakin kerap berlaku setiap hari. Adakah ini betul? Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- tahap gula dalam badan berada dalam kadar lebih rendah daripada normal.
- sensitif terhadap keadaan tertentu seperti lampu yang berkelip-kelip
Namun, ia juga boleh berpunca daripada perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan pada otak
- Ketumbuhan otak
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .