Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya ada allergic ubat. Boleh saya ambil vaksin covid ni?

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 6, 2021 3:32 PM

Sulit 7 bulan

Hello doc… Saya ni ada asthma dengan ada allergic dengan beberapa jenis antibiotic. Saya nk tahu, boleh ke orang yang ada allergic ubat ni ambil vaksin covid? Ada kesan apa2 ke kalau saya ambil? Terima kasih doc.

Dr Sashini Seeni 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah alahan yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengambil vaksin tersebut setelah dinilai dan diperiksa oleh doktor dengan teliti melalui sejarah kesihatan anda, terutama sejarah berkenaan imunisasi dan alahan kerana sesetengah orang mungkin boleh mengalami kesan sampingan seperti alahan setelah menerima suntikan vaksin.

Berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian seseorang daripada menerima vaksin COVID-19:

  • Pernah disahkan positif COVID-19
  • Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
  • Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
  • Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
  • Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
  • Golongan kanak-kanak
  • Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang biasa dilaporkan oleh penerima vaksin COVID-19:

  • Lokal (di tempat suntikan):
    > Sakit
    > Bengkak
    > Kemerahan

  • Sistemik:
    > Sakit kepala
    > Demam
    > Lemah badan

  • Reaksi alahan:
    > Ruam
    > Kesukaran bernafas

Ini hanyalah kenyataan kami secara am mengenai masalah dan persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Dikemaskini pada: Sat Mar 06 2021 15:32:42 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19