
dameea
5 tahun
Saya ada jantung berlubang masa lahir
Hai doktor, saya ada jantung berlubang masa lahir, tapi doktor kata lubang tu akan tertutup sendiri bila saya besar. jadi sekarang boleh ke saya buat aktiviti lasak? Akan ada apa-apa kesan tak?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masakah anda. Adalah lebih baik jika anda pergi untuk rawatan susulan dengan pakar jantung untuk memastikan lubang tersebut sudah tertutup secara sendiri sebelum melakukan senaman terutamanya aktiviti yang lasak. Ujian seperti echocardiogram boleh membantu mengenalpasti sama lubang tersebut masih wujud melalui pemeriksaan struktur dan fungsi jantung.
Doktor anda akan tahu keadaan jantung anda secara terperinci dan boleh mencadangkan jenis senaman yang sesuai untuk anda.
Biasanya, pesakit yang sudah sembuh daripada masalah jantung berlubang boleh melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti orang biasa. Namun, anda dinasihati agar berhati-hati semasa melakukan aktiviti yang lasak.
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti fizikal adalah mulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Mulakan aktiviti sedikit demi sedikit. Jangan lakukan aktiviti yang terlalu berat. Lakukan senaman mengikuti kemampuan dan dapatkan rehat yang secukupnya antara senaman.
Jangan lakukan aktiviti-aktiviti di luar dalam keadaan cuaca yang terlalu lembap, panas atau sejuk. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan badan cepat letih. Suhu yang terlalu panas ataupun sejuk boleh menjejaskan peredaran darah, dan menyebabkan sakit dada atau sesak nafas.
Selain itu, pastikan anda minum air yang mencukupi. Minum air meskipun tidak berasa haus. Pakai baju yang longgar dan selesa semasa melakukan aktiviti fizikal. Bukan itu sahaja, mulakan senaman secara perlahan-lahan terutamanya selepas berehat. Jika anda tidak melakukan senaman untuk beberapa hari kerana sakit atau sebab-sebab lain, mulakan semula senaman secara perlahan-lahan.
Mula dengan senaman yang ringan dan tidak memenatkan. Selepas itu, intensiti aktiviti boleh ditambah mengikut kemampuan.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti sakit dada, sesak nafas, keletihan, lemah badan atau pening semasa melakukan aktiviti fizikal, berhenti dengan serta-merta. Jika tanda-tanda ini masih berlanjutan, adalah lebih baik untuk dapatkan bantuan doktor dengan segera.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!