
Sulit
3 tahun
Saya ada masalah gastrik,tak boleh tido,mudah lupa,rasa kosong,sebak secara tiba tiba,overthinking
Hi! Dr. Saya dah 2 bulan tido pukul 3 atau 4 pagi dan lately selalu rasa kosong dan sebak secara tiba-tiba. Pastu menangis.
Sometimes, start blaming myself for being weak infront of people sebab saya mudah lupa dalam settlekan hal kerja.
Saya juga ada masalah selalu risau dan fikir sangat pasal certain issues atau sesuatu yang belum terjadi yang menyebabkan saya rasa sakit dalam perut memandangkan saya juga dah ada masalah gastrik sejak 3 tahun yang lepas.
Dr, adakah emosi ni normal (sebab hormon) atau emosi ni sebab stress?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu anda.
Gangguan emosi adalah sesuatu perkara yang agar rumit. Ia boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental atau sebagai kesan. daripada sesetengah penyakit. Masalah berkaitan emosi tidak boleh dipandang remeh kerana sekiranya masalah ini tidak dirawat, ia boleh mendatangkan bahaya kepada anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Gangguan tekanan (Acute stress disorder)
- Kemurungan (Depression)
- Keresahan (Anxiety)
- Masalah tiroid
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Kesan sampingan sesetengah jenis ubat
Anda memaklumkan bahawa anda mengalami sakit perut bersama dengan gangguan emosi. Sememangnya gangguan emosi yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor psikiatri atau kaunselor supaya masalah emosi anda boleh dirawat sekiranya perlu.
Sekiranya anda menginginkan seorang teman untuk berkongsi masalah, anda boleh menghubungi talian Befrienders Kuala Lumpur di 03-76272929 secara percuma.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar psikiatri kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih peribadi mengenai masalah anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar psikiatri.