
Sulit
3 tahun
Saya ada masalah tapi appointment hospital 1bulan lagi lambatnya
Saya kerap sendawa. Cuma sendawa 2hari ni mcm laen sikit. Saya sendawa sampai tekak rasa panas. saya selalu makan ikut waktu tapi masalah ttp jgk ade.Saya plak xleh marah,kalau terlampau marah atau stres sgt saya sukar bernafas.kalau takut sgt mesti nak muntah2. Jadi saya dh kena tahan diri…kat situ saya dh berfikir mcm2(dah jadi xgembira). Adakah saya boleh sembuh dok?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikian:
- Psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Tekanan darah tinggi
- Masalah jantung
- Refluks asid
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.