
Sulit
4 tahun
Saya adalah bekas pesakit tibi dan ibu mengandung
Saya bekas pesakit tibi pada tahun 2016 dan mengandung anak pertama sekarang, yang saya pasti batuk kahak memang tak pernah hilang sejak lepas rawatan 6 bulan tetapi batuk kahak saya tidak seteruk kali pertama jangkitan , selera makan pun baik , tidak ada gejala demam atau selsema , rasa sihat dan tidak sakit dada , boleh bersukan dan melakukan aktiviti lain dengan baik . Adakah normal untuk bekas pesakit tibi sekiranya masih batuk berkahak? Apa kah risiko untuk ibu mengandung bagi pesakit tibi ? Apakah tindakkan yang perlu saya buat bagi memastikan saya dan bayi sihat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah anda mengenai batuk yang tidak hilang dan kerisauan berkenaan tibi dan kandungan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami batuk berterusan dan perkara ini perlu diberikan perhatian. Antara sebabnya adalah:
- Asma
- Bronkiektasis
- Alahan
- Tibi
Sekiranya anda sudah bebas daripada tibi, anda tidak perlu risau. Namun jika anda pesakit aktif tibi, terdapat beberapa risiko seperti:
- Berat lahir bayi yang rendah
- Keguguran
- Bayi yang lahir mungkin mempunyai tibi, tetapi hal ini jarang sekali berlaku
Tindakan yang anda boleh lakukan pada masa ini adalah:
- Patuh kepada arahan doktor dan pegawai kesihatan dan sentiasa datang ke janji temu kehamilan anda
- Mengambil ubat yang diberikan oleh doktor
- Memantau kesihatan anda
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut, sila berjumpa doktor dengan segera
- Loya dan muntah yang teruk
- Batuk berkahak yang bercampur darah ataupun berwarna hijau
- Batuk mengganggu tidur dan aktiviti harian anda
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor pakar kami di atas talian. Terima kasih.