
Sulit
3 tahun
Saya anxiety ke doktor? 5hari lagi jumpa pakar
Saya peliklah dengan diri saya ni,takut sikit je susah nafas,marah sikit je susah nafas,stres sikit kepala mcm pening pastu susah nafas,terkejut sikit xselesa nafas,nak makan pun takut2 pastu xselesa nafas.resah,panik,sedih pikirkan mcm serabut. kereta
dan motor saya dh bebulan2 xnaek cbb takut sesak nafas.Jadi saya dok rumah kawal emosi saya tu jelah keje saya ary2.sedih saya rasa mcm tak berguna. Adakah itu penyakit anxiety,dok? Ada ubat tak? Boleh sembuh xdok?saya nak bekerja n sihat mcm dulu. Saya xnk mcm ni satu benda xleh buat.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami keresahan anda tentang gejala susah bernafas yang sering dicetuskan oleh perasaan takut, marah, stres, terkejut, dan sakit kepala. Anda juga ingin mengetahui sekiranya ia berhubungkait dengan anxiety dan sekiranya terdapat rawatan terhadap masalah tersebut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anxiety atau cemas adalah suatu respons yang normal terhadap stres.
Namun begitu, gangguan emosi yang sering mencetuskan gejala sesak nafas dan panik atau perasaan cemas yang berlebihan boleh menandakan gangguan yang serius serta memerlukan rawatan doktor seperti
- Generalized anxiety disorder
- Gangguan fobia atau panik
- Post-traumatic stres disorder
Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk berjumoa dengan doktor pakar agar penilaian dan bantuan lebih lanjut boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.