
Sulit
5 tahun
Saya baru kahwin 7 bulan
Saya di sah mangadung tetapi saya scan cuma nampak kantung saya tak nampak baby pn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, yang dimaksudkan dengan kantung kosong adalah apabila kantung gestational (plasenta) berkembang tanpa pembangunan sebarang struktur embrio (gabungan telur dan sperma yang akan membentuk janin). Keadaan ini juga dikenali sebagai blighted ovum .
Pada kehamilan yang normal, di minggu pertama sehingga kelapan, hal berikut seharusnya telah terjadi:
- Placenta mula terbentuk. (Plasenta ini yang dikenali sebagai kantung)
- Otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
- Tisu-tisu yang akan membentuk jantung mulai berdenyut. Justeru, denyutan jantung boleh dikesan dengan ultrasound pada seawal 6 minggu kehamilan.
- Mulai tumbuh benjolan yang akan membentuk anggota tangan dan kaki.
- Mata, telinga, dan hidung mula berkembang. Kelopak mata terbentuk, tetapi tetap tertutup.
- Alat kelamin mulai berkembang.
- Menjelang akhir minggu kelapan, semua organ dan sistem badan utama telah mula berkembang.
Justeru, apabila dari scan mendapatkan kantung kosong, hal ini bermaksud hanya plasenta yang terbentuk. Bahagian-bahagian lain pada janin seperti otak, benjolan anggota, mata, hidung, jantung dan lain-lain gagal berkembang. Memandangkan hormon yang digunakan oleh alat UPT untuk mendeteksi kehamilan diproduksi oleh kantung (plasenta), maka hasil UPT pada kes blighted ovum adalah positif.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.