Sulit
4 tahun
Saya buat covid self test tapi taktahu skrg ni mcm mana nk ckp dgn resultnya
Saya perempuan 16 tahun , semalam Saya buat self test covid 19 , 15 minit pertama tu tgok ade satu line je so kita biarkan sajelaa letak dlm kotak and then pergi tido , pagi tu esok nak ambik buang bukak dulu tgok ada satu line terang satu line lgi kabur tp still nmpk garis tu …adakah masih dikira positive covid 19 ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, hasil garisan kedua yang kabur pada esok pagi itu adalah keputusan positive palsu, maksudnya anda bukan covid positif. Hasil kit ujian covid kendiri biasanya perlulah dibaca dalam 10 hingga 15 minit untuk keputusan yang paling tepat. Selepas dapat keputusan anda, sila masuk semula kit tersebut ke dalam kotaknya dan buang segera.
Biasanya keputusan positif palsu akan terjadi sekiranya hasil kit ujian kendiri dibaca melebihi 15 minit, hasilnya adalah kurang tepat. Sila merujuk dan mengamalkan arahan atas kotak sebelum buat ujian untuk mengelakkan kesilapan ini.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.





































