Sulit

3 tahun

Saya dalam situasi tertanya tanya

dr, saya nak tanya betul ke saya ada penyakit OCD macam yang dikatakan oleh kawan saya? sebab contohnya, sebelum makan saya akan pastikan meja makan sangat bersih & tiada satu barang pun depan pinggan makan saya. kalau ada, saya rasa nak marah sampai menggigil. selain itu, saya juga tidak suka apabila orang usik/guna barang saya. kalau orang tu kacau barang saya dibelakang saya, saya tetap tahu. saya tak tahu kenapa, tapi saya ingat susunan barang saya. saya share rak tudung dengan kakak saya, dan saya ada kemas rak tu, susun ikut jenis tudung. bila kakak saya dah guna tudung & tak susun elok-elok, saya jadi mengamuk. pernah sekali tu saya baling tudung dalam rak tu lepastu hempas pintu almari kuat kuat. tapi masatu saya sorang je dalam bilik. selang berapa minit, saya okay balik. kalau dekat hostel, saya suka duduk tepi tingkap sebab saya taknak orang lalu dekat tempat saya. saya takkan pilih katil yang dekat dengan pintu. saya juga mudah nervous, kadang macam ada suara dalam diri saya ni suruh saya baling cawanlah apa-apa sahaja. tapi setakat ni, saya masih dalam kawalan. saya juga selalu menggigil kalau tahan marah/sedih dll. saya kalau tengok netflix, saya tak boleh terlepas baca subtitles. walaupun hanya perkataan “itu” saya akan back kan balik dekat scene subtitles yang saya terlepas tu dan baca semula. kalau tidak, saya rasa resah rasa macam saya takfaham cerita tu pasal apa. kenapa ye doktor saya macam ni?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, masalah kesihatan mental perlu dinilai oleh doktor pakar psikiatri untuk memberikan apa-apa kesimpulan. Untuk pengetahuan anda, OCD adalah obsessive compulsive disorder yang mana ia adalah merupakan satu cabang penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan

Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu komponen obsesif dan kompulsif:

Komponen obsesif

  • obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan
  • Berulang kali memikirkan tentang keselamatan
  • Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup suis seterika
  • Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan
  • Terlalu mementingkan susunan dan simetri
  • Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh dikacau

Komponen kompulsif

  • Mencuci tangan berulang kali
  • Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali
  • Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang
  • Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas
  • Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya baju yang telah lusuh
  • Biasanya pesakit sering perlu meluahkan isi hati dikeranakan perasaan insecure yang kuat
  • Mempunyai tabiat suka menyenaraikan sesuatu atau membuat checklist sebagai satu cara kurangkan obsesif fikiran

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)