
aimamariaty96
5 tahun
Saya hamil atau tidak
saya umur 24 … … saya tidak pasti adakah saya hamil atau tidak … masa pendarahan saya rasa sakit d ari2 … masalah saya …bulan ni lmbt dtg haid …10 hari lmbt …hari je-8 saya cek upt positive … pada hari ke 10 tiba2 darah keluar dr fara

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sekiranya anda hamil maka pendarahan yang berlaku merupakan masalah pendarahan di awal kehamilan. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi
Keguguran yang terancam
Keguguran spontan atau lengkap
Keguguran tidak lengkap
Ovum yang hancur
Kematian janin di dalam rahim
Kehamilan ektopik
Kehamilan molar
Pendarahan postkoital- pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera lebih-lebih lagi jika pendarahan anda berlanjutan, keluar tisu dari vagina atau sakit yang semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.