Sulit
3 tahun
Saya ingin bertanya berkenaan ujian swab test
Saya telah diminta untuk menjalankan ujian ini kerana terdapat kes positif covid19 di universiti saya. Saya tidak mempunyai simptom dan bukan lah contact rapat pesakit tersebut kerana saya tidak tinggal di kolej kediaman dan saya jarang keluar dari rumah. Persoalan saya disini, adakah saya akan dihubungi sekiranya saya negatif covid19 atau tidak? Jika tidak, perlukah saya melakukan kuarantin diri kerana saya tiada sebarang simptom… Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan keputusan ujian swab anda. Anda juga disarankan untuk menjalani kuarantin sehingga keputusan ujian anda diberitahu.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini