Sulit
2 tahun
Saya lewat 5 hari period dan UPT positif
Hai doktor. Saya dah delay period 5 hari. Bermula hari ke-3 hingga hari ke-5, saya telah buat ujian UPT sendiri di rumah dan hasilnya positif tetapi warna garisannya tidak begitu pekat sepanjang 3 hari saya buat ujian tersebut. Adakah saya perlu repeat semula ujian UPT selepas 2 minggu? Atau bolehkah saya pergi ke klinik utk pengesahan dgn doktor? Terima kasih atas maklum balas doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat dan upt positif.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikh sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Untuk mendapatkan hasil keputusan yang paling tepat, sebaiknya ujian kehamilan dubuat di klinik.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.