
Sulit
3 tahun
Saya lewat haid 8 hari adaka saya hamil?
Saya umur 25 tahun…haid saya selalu teratur…baru kali saya lewat 8 hari…saya tes tapi negatif.saya ada keluar dara bercak selama 6 hari pada tanggal 16.08 sepatutnya haid saya tanggal 28.08…saya mengalami sembelet dan keputihan saya warna putih susu selalunya keputihan saya tak da warna air jer…adaka saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala dan tanda kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan keluar darah bercak
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Sekiranya anda terasa anda mengandung, anda boleh buat ujian mudah kendiri mengunakan ujian UPT selepas 1 hingga 2 minggu haid terlewat. Namun, untuk mengenal pastikan status kehamilan anda, anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk ambil ujian kehamilan atau imbasan ultrasound.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).