Sulit
3 tahun
Saya masih xdpt jawapan yang tepat
Dok,saya ade benda nak tanya. Saya ni tiap2 pagi mesti terasa xcukup nafas/nafas xpuas.kadang tu saya rasa oxigen xsampai ke otak.saya bukan sesak nafas.simptom yg saya ade cuma sinus hijau,polip kembang kempis(kadang kembang kiri kadang kembang kanan) dengan batuk yg (ehem2) gitu je kt tekak.dh pergi jumpa doktor,saya diberi ubat menthol(larut kat air panas pastu hidu) dengan ubat selsema je.sampai skrg masih sama.mlm td dlm mulut n tekak saya kering betol.klu saya bangun pagi tanpa sarapan,mulalah saya xpuas bernafas dekat hidung dengan tekak(dh macam ikan xdpt air).bila dh sarapan,elok je mcm xde pape.jantung n paru2 ok taksakit pun.selera makan kurang.apa masalah saya ni doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang sinus (sinusitis)
- Polip hidung
- Serangan asma
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca masalah sebenar anda kerana maklumat dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.