
Sulit
3 tahun
Saya memohon penerangan memgenai pesakit covid… Nak tanya klau da keluar dari pusat kuarantin.. Boleh terus kerja ka? Baru 14 hari…ia tidak menjangkiti org lain
Pesakit covid yg doktor sda bagi pelepasan kuarantin selepas 14 hari… Dia masih boleh menjangkiti org lain di tmpt kerja ka doktor… Sebab baru 14 hari dia da pi kerja

3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda. Untuk pengetahuan anda, Selepas menjalani kuarantin wajib 14 hari dan disahkan bebas daripada covid, anda sudah termasuk di dalam kategori yang tidak akan menjangkiti orang lain.
Jadi jelas di sini tiada masalah untuk anda sambung bekerja.
Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini