Sulit
2 tahun
Saya mendapati saya membuang air besar dan terdapat darah
Saya lelaki dalam umur 20’an dan saya kadang2 mengalami sakit perut yg saya fikir hanyalah gastrik. Setiap kali selepas makan, saya akan berasa mahu muntah tetapi saya tidak memuntahkan apa2. Baru-baru ini, saya mendapati bahawa terdapat darah pada najis saya stlh membuang air besar sedangkan saya tidak berasa sakit perut. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan mengenai masalah darah pada najis ketika membuang air besar.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya najis beserta darah terutamanya apabila membuang air besar , antaranya termasuk:
- Buasir
- Sembelit atau disebabkan najis yang keras
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.