
aininfinite99
5 tahun
Saya mengalami acid reflux
Saya wanita berusia 21 thn dan saya mengalami masalah acid reflux sudah beberapa hari. Disebabkan keadaan sekarang, parents saya tak mahu saya pergi ke hospital atau klinik kerana takut risiko dijangkiti coronavirus. Jadi, sekarang saya hanya ambil ubat OTC, Alucid tablet sahaja. Adakah perkara biasa untuk saya alami heartburn pagi-pagi dan back pain? Boleh saya tahu berapa kerap saya boleh ambil Alucid tablet ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Pil tersebut seharusnya mempunyai arahan pada kotak. Ia perlu diambik sebelum makan dan dikunyah. Namun, tidak boleh diambil jika anda mempunyai masalah buah pinggang.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini