
Sulit
4 tahun
Saya mengalami fungal acne. Saya mahu bertanya tentang dos dan ubat yang sesuai untuk merawat fungal acne ini
Saya berumur 20 tahun dan tiada masalah kesihatan. Hanya sahaja saya tidak pernah ada merawat, tapi sebulan lepas jerawat yang tiada mata naik dengan banyak di bahagian kedua belah pipi dan saiznya agak sama antara satu sama lain. Setelah menggunakan ubat jerawat, ianya tidk juga hilang. Saya yakin ianya fungal acne setelah membuat kajian di internet. Saya ingin berjumpa pakar tapi kenderaan tidak ada untuk membolehkan saya ke klinik atau hospital. Jadi di sini saya intin meminta konsultasi daripada doktor tentang cara merawatnya, dos dan ubat yang sesuai

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, faktor yang menyebabkan tumbuhnya jerawat adalah seperti berikut:
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Punca:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
Nasihat secara am yang boleh kami berikan adalah seperti berikut:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Kami tidak boleh untuk mengulas lanjut berkenaan dengan dos ubat kerana ia bergantung kepada banyak faktor seperti keseriusan jerawat anda, sejarah sakit, jenis kulit dan banyak lagi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.