
suhaibah
5 tahun
Saya mengalami hyperpigmentation
sekiranya saya pakai triluma cream, berapa lama boleh dipakai disebabkan ia mengandungi hydroquinone.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggunaan krim ini. Hal ini kerana ia berbeza mengikut jenis penyakit,dose dan peratus bahan yang terdapat dalam krim tersebut. Anda disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor yang telah memberi preskripsi kepada anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.