
Sulit
3 tahun
Saya mengalami keputihan bercampur darah sedikit selama seminggu , selepas daripada beberapa hari saya haid
saya berusia 19 tahun dan belum berkahwin , saya mendapati , adanya darah dalam keputihan saya , ianya berlarutan sehingga seminggu , dan saya baru sahaja selepas datang haid.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah keputihan yang bercampur dengan darah selama seminggu selepas tamat haid. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya :
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif seperti vaginitis, atau chlamydia
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- PCOS
- Sista ovari
- Penggunaan bat perancang, terutamanya IUCD
- Ketumbuhan pada serviks, ovari atau rahim
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai masalah keputihan anda. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mengenal pasti punca masalah anda dan seterusnya menerima rawatan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.