Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami sakit badan, sakit tekak Dan rasa nak demam setelah pulang dari bandar kelmarin

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 2:59 AM

Sulit 8 bulan

Saya wanita berumur 19 tahun. Kelmarin Saya periksa suhu pertama kali 36?5. Dan setelah itu Saya singgah di restoran makanan (kfc) . Suhu masih 36.5 setelah itu Saya pergi membeli barang Dan suhu Saya Naik 37.1 . Ketika sampai di rumah saya rasa susah hendak bernafas Dan badan saya Mula sakit sakit begitu juga rasa hendak demam pada pagi in. Dan batuk.

Dr Sri Viknarajan 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.

Selain COVID-19, gejala sakit tekak, demam dan sakit kepala boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria/virus
  • Tekak luka akibat batuk
  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap
  • Kurang minum air

Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.

Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)

Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 02:59:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Baru petang swab test..saya nak tahu cara kuarantin di rumah Hai doc…saya nak tanya…sekarang saya sedang kuarantin di rumah…masalah saya sekarang…isteri dan anak² ada di rumah…dan bilik air kami ade satu terpaksa berkongsi…jadi apa perlu saya buat… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Pesakit yang discharge dari pusat kuarantin abang saya baru lepas discharge dari pusat kuarantin, saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pergaulan dia dengan saya dan keluarga ? dia dikuarantinkan di pusat kuarantin selama 5 hari. Baca lagi...
4 hari
Sulit
Company dh suruh buat swab test result negative saya baru lps buat swab test dan result negative tapi saya rasa badan lemah bila ptg ke mlm sahaja,pagi saya okay deria bau deria rasa semua okay.adakah itu normal? Baca lagi...
5 hari
Sulit
Should i do swab test hai doc, demam, very mild fever. rsa panas di muka, headache, sakit tekak, semalam start batuk, dan running nose. and today totally hilang deria bau dan rasa. should i do swab test? never been… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Patutkah saya menjalani ujian COVID-19 Saya wanita berumur 23 tahun dan sedang hamil 4 bulan. Saya mengalami sakit kepala dari semalam, sakit tekak dan sengal sengal badan sejak semalam. Badan pula tak demam, tapi rasa macam sejuk. A… Baca lagi...
88 minit