
Sulit
5 tahun
Saya mengalami sawan
Hi selamat petang,sy amiri 32tahun…boleh sy tanya tentang sawan menganggu tidur sy…
Sy pernah mengalami kemalangan motosikal semasa umur 13 tahun dulu,& mnjalani pembedahan kepala akibat cedera agak teruk,& tempurung kepala sy rosak & dbuang… selepas pembedahan pertama,sy jd x dpt ingt dgn sempurna,n pelupa,percakapan sy kadang x betul,prestasi sy di sekolah menengah menurun 70%& x ingat apa yg berlaku sebelum kemalangan tu…selepas berumur bawah 20an.,sy dipanggil untuk menjalani pembedahan ke2 & tempurung sy y rosak tu diganti dgn y tiruan,…selepas pembedahan ke2 n sembuh, sy agak normal…tp kondisi sy yg mudah lupa tetap ada,kdg2 ckp perkataan terbalik,bila mndengar,sy sukar menangkap percakapan org lain dgn betul@cepat,jadi sy kena tanya 2@3kali(bergantung dgn perkataan yg seseorang bg tu)…
Sawan pertama sy,kejang2,semasa berumur awal 20an,sewaktu sy tidur…ianya menyerang tiba2 waktu yg sama,x lama kemudian sy disedarkan diri terus,pasti berapa lama,selepas sy sedar…bahagian operation kepala sy sakit@pening2…otot perut sakit,otot peha,betis,&tengkuk,…sawan tu akan jadi cuma bila saya dlm tidur sahaja,…ianya berulang2 dlm seminggu 2,3kali…sy pernah ambil ubat di hospital yg sy jalani operation tu…tp sy x mkn teratur …n selalu ‘miss’ mkn ubat sbb sy sibuk berkerja n sy x ambil ubat tu lg di hospital …sawan sy tu terus berulang2 smpai sekarang,tapi bezanya sejak 4,5tahun sblum ni sy dpt kawal,lawan @ meramal n dpt rasa bila sawan tu nak dtg ,TAPI tu cuma bila sy nak baru nak tidur,masih tidur2 ayam mcm tu lah sy dpt rasa jantung sy berdegup laju…tp kdg2 sy kena sawan tu jugak bila sy dah tidur lena tp x lama dlm 10saat…n rasa kejang2 tu kurang sgt drpd pertama kali sy diserang sawan dulu…bezanya sekarang jarang sawan tu datang mnyerang… boleh x sawan ni sembuh@hilang,atau apa ada rawatan modern@tradisional yg sesuai utk sy,? Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sawan terjadi akibat aktiviti elektrik otak yang tidak normal. Hal ini dapat terjadi akibat pelbagai hal, seperti
- Akibat traumatic brain injury
- Akibat ubatan
- Akibat alkohol
- Demam
- Stroke
- Penyakit otak
- Toksik
Merujuk kepada pertanyaan anda, sawan boleh sembuh atau berkurang frekuensi nya. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa ubat ini bekerja dengan meninggikan ambang yang berpotensi menyebabkan kejadian sawan. Memandangkan aktiviti otak berjalan sepanjang waktu samaada waktu berjaga mahupun waktu tidur, maka ubat ini perlu sentiasa ada di dalam tubuh untuk mengelakkan kejadian sawan. Justeru, anda harus mematuhi aturan pengubatan dengan sempurna seperti; makan ubat pada tepat waktu setiap hari demi untuk memastikan bahawa bahan aktif ubat tersebut sentiasa ada di dalam sistem tubuh anda. Malah, konsistensi dan kepatuhan yang sempurna ini harus dipertahankan untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 tahun.
Memandangkan gejala ini telah berulang beberapa kali, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.