Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami senggugut yang teruk. Saya sudah menghadapi masalah ini selama 2 tahun lebih. Saya khawatir jika masalah ini berlarutan dan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 13, 2020 3:42 AM

Sulit 2 bulan

Hi. Saya wanita berumur 22 tahun. Berkaitan senggugut ketika datang haid. Saya akan mengalami sakit seperti senggugut daripada 3 atau 4 hari sebelum datang haid sehingga hari pertama dan kedua datang haid. Saya mengalami senggugut yang teruk pada hari pertama. Selain senggugut, sakit pinggang dan mual turut terasa. Senggugut pada hari kedua pula, hanya bertahap sederhana. Hari ketiga dan seterusnya saya tidak mengalami senggugut.
Saya akan mengalami gejala ini setiap kali datang haid.
Saya sudah mengalami gejala ini daripada berumur 20 tahun sehingga 22 tahun(sekarang).
Adakah gejala yang saya alami diatas berkaitan dengan penyakit tertentu? Hi. Saya wanita berumur 22 tahun. Berkaitan senggugut ketika datang haid. Saya akan mengalami sakit seperti senggugut daripada 3 atau 4 hari sebelum datang haid sehingga hari pertama dan kedua datang haid. Saya mengalami senggugut yang teruk pada hari pertama. Selain senggugut, sakit pinggang dan mual turut terasa. Senggugut pada hari kedua pula, hanya bertahap sederhana. Hari ketiga dan seterusnya saya tidak mengalami senggugut.
Saya akan mengalami gejala ini setiap kali datang haid.
Saya sudah mengalami gejala ini daripada berumur 20 tahun sehingga 22 tahun(sekarang).
Adakah gejala yang saya alami diatas berkaitan dengan penyakit tertentu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Apr 13 2020 03:42:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Masalah haid berketul dan pms teruk saya wanita berumur 24 tahun, bujang, tidak pernah melakukan seks dan tidak pernah makan apa2 jenis pil. sebelum ini haid saya normal dan tidak pernah kena pms yg teruk. tapi sejak hujung tahun… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Senggugut tapi tidak haid Sy baru habis haid selepas 3 bulan tidak datang haid,tp tupun hnya 3 hari sahaja dan keluar haidnye sikit je,soalan sy apa punca sy merasa sakit ponggang dan perot seperti senggugut sedangoan da… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tempoh haid pendek saya wanita berumur 22tahun, saya nak tanya doktor, adakah normal kalau period sy keluar untuk masa yg singkat. cycle sy normal, 28-30days. tapi, masalah yg sy alami setiap bulan bila darah kelu… Baca lagi...
55 hari
fatihah2amran
Senggugut dtg 2 kali dlm tempoh wktu period Salam sejahtera… Saya wanita berumur 27 thn… Mengalami masah period yg senggugut dtg 2 kali… 1st senggugut dtg pd 22/3/2020…sgt teruk… Drah byk n ketul2…lpas tu i a berkurangan hingga tggl spotting pd… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Senggugut selepas berkahwin dan bersalin Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Masalah senggugut terjadi apabila saya merancang untuk mendapatkan anak ketiga bermula Februari 2019. Senggugut saya berlaku selama 2 hari tetapi… Baca lagi...
52 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi