Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami sesak nafas setiap malam. Kdg kdg hampir setiap masa

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 15, 2020 3:36 PM

Sulit 39 hari

Saya wanita berumur 22 tahun. Rabu lepas(9/9)saya mengalami sakit perut yang teramat sakit…dn kebetulan waktu itu saya period. Tp selama ni saya tk pernh kena serangan sakit perut yg teramat sakit smpai saya sukar utk bernafas. Dan… smpai ke hrini saya mengalami sukar utk bernafas. Setiap malam saya jadi sesak nafas smpai takut nk tdur. Hrini (15/9) sesak nafas saya semakin teruk… and perut saya tiba tiba jadi cramp dn sangat sakit. Saya rasa berat sangat nak bernafas… doktor tolong saya. Perlu ke saya pergi klinik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 39 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut yang datang beberapa hari ni dan disusuli oleh sesak nafas yang masih ada sehingga harini. Untuk makluman puan, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Kadangkala sesak nafas boleh disebabkan oleh kegelisahan yang berlaku atas kejadian sakit perut yang anda alami ketika itu.
Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda ini iaitu:

  • Penyakit refluks esofagus: anda akan rasa mual serta sakit tekak, bersertakan sakit pedih ulu hati
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Keradangan pada organ reproduktif wanita ataupun pada usus dan perut
  • Jangkitan kuman pada darah (septicemia)
  • Kegelisahan atau serangan panik
  • Penyakit keradangan pada perut atau esofagus
  • Masalah pencernaan atau keracunan makanan
  • Jangkitan virus yang boleh merebak melalui pemakanan dan cecair badan seperti bersin dan batuk (Coronavirus, Infectious Mononucleosis, Influenza, Common cold)

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul

Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Jawapan yang diberi ini hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Sekiranya terdapat pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Tue Sep 15 2020 15:36:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang sesak nafas secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sesak nafas dan tekak rasa berkahak saya ibu y masih menyusukan anak, jika saya bergejala .bagaimana dengan anak saya,masihkah dapat menyusukannya? Baca lagi...
11 hari
Sulit
Batuk, sesak nafas, dan sakit pada bahagian leher depan Saya lelaki 20an saya mengalami batuk dan sesak nafas, bila tarik nafas akan terasa sakit di dada, dan juga leher mulai sakit selepas kerap batuk, leher pada bahagian depan sakit bila hendak men… Baca lagi...
36 hari
Sulit
Pernafasan rasa tidak puas on/off selama beberapa bulan Saya lelaki berumur 30 tahun. Sejak bulan April 2020 saya tiba-tiba mengalami pernafasan yang tidak puas. Saya alami itu selama hampir 2 minggu dan sudah pergi ke klinik tapi doktor mengesahkan … Baca lagi...
36 hari
Sulit
Darah beku di kepala akibat kemalangan Hi, teman lelaki baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya dua hari lepas. Dia mempunyai luka yang biasa cuma hentakan yg kuat di kepala. Dia mengalami pembedahan di kepala akibat darah beku dan… Baca lagi...
34 hari
Sulit
Nafas pendek yg sangat menganggu hi doc, saya berumur 23 tahun. saya mengalami masalah nafas pendek atau pun nafas laju pada saat tertentu tnpa mengira aktiviti yg saya sedang lakukan. kadang saya tengah duduk diam, baru bangun… Baca lagi...
10 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!