Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengandung 4 minggu

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 13, 2020 4:12 AM

Sulit 2 bulan

Kalau boleh saya nak tanya saya baru pregnant dalam
4 minggu tapi ada sejarah 2 kali keguguran dan ada hypertyroid ,
Boleh ke saya dtg untuk buat scan atau tunggu 8 ke 9 minggu

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda!
Kami memahami kebimbangan anda terhadap status mengandung beserta catatan sejarah perubatan anda yang menghidapi keguguran dan hypertiroid.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis scan yang boleh dilakukan terhadap ibu mengandung. Sekiranya scan yang puan maksudkan adalah antenatal ultrasound scan , maka prosedur ini boleh dikatakan selamat.

Secara amnya, semua prosedur perubatan mempunyai risiko. Tetapi, tiada bukti menunjukkan bahawa antenatal ultrasound scan yang dilakukan akan membahayakan ibu atau anaknya yang belum lahir. Oleh itu, prosedur ini dianggap selamat kerana tidak menggunakan radiasi, berbeza dengan prosedur lain, seperti X-ray yang menggunakan radiasi.

Namun begitu, bagi ibu yang tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung, sebanyak 2 atau 3 scan sudah memadai.

Sebaiknya, puan berbincang dan mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian.

Anda juga disaran berjumpa dengan doktor pakar endokrinologi atau dengan doktor pakar sakit puan jika ingin maklumat lanjut. Kami berharap anda dan kandungan anda sentiasa dalam keadaan sihat sehingga tempoh kelahiran bayi anda.

Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jul 13 2020 04:12:29 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tidak datang haid selepas 39 hari keguguran Salam doktor, sy berumur 20 thn keguguran minggu ke 8 kerana tergelincir dengan tekanan yang kuat di bahagian perut pada 6/8/2020. 7/8 darah start keluar dah. Skrng suda 39 hari tapi sy masih td… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Implantation blood of pregnancy Doc,normal ke early pregnancy ni keluar keputihan yg brownish/warna pink cair? Bahaya ke? Baca lagi...
3 hari
Sulit
Peluang untuk pregnant for thyroid person Hi, saya didiagnose Follicular Thyroid since i was 19yo. 2 kali operate untuk remove total thyroid gland. 2 kali treatment radioiodine. follow up dgn hospital, 6 bulan sekali and ubat thyroxine … Baca lagi...
2 hari
Sulit
Morning sickness dan sakit kepala Doc, adakah veloxin selamat untuk wanita hamil? Baca lagi...
3 hari
Sulit
Pengambilan caffox tanpa sedar diri hamil Hai doktor…dalam tempoh dua bulan ni saya kerap mengambil caffox sebagai ubat migrain…boleh dikatakan setiap hari saya akan makan caffox 2 b Baca lagi...
2 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15