
Sulit
4 tahun
Saya mudah rasa gelisah
sy wanita umur 24 tahun. sy buat business dan tak bekerja. Sy mudah rasa gelisah dan nak marah terutama buat komunikasi dengan orang dalam bincangkan sesuatu sy mudah nak marah. Sy cuba control tp agak susah. sy juga mudah rasa gelisah dengan perkara akan datang.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.