Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya nak tahu cara ii merawat mati pucuk adakah doktor dapat membantu saya

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 10:22 AM

Sulit 23 bulan

Hyeee saya berumur 20 tahun boleh ka saya tahu bahawa bagaimana cara untuk merawat masalah ini tolong berikan pejelasan hurmmm

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 23 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan

Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah kemaluan yang tidak tegang ataupun kesukaran untuk mengeras. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya keadaan ini pada lelaki seperti :

  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Penggunaan dadah terlarang
  • Aktiviti seksual tidak sihat
  • Trauma kepada alat kelamin

Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:

  • Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
  • Masalah kesihatan mental
  • Penyakit genetik
  • Penyakit saraf
  • Mati pucuk

Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut bagaimana untuk merawat dan mengatasi masalah ini.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 10:22:33 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang mati pucuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.