Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya nak tanya kalau pinggang selalu sakit sendi2 tapak kaki selalu sakit

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 3:11 PM

Sulit 30 hari

Mama saya umur 45 dia selalu sakit tapak kaki sendi2 rasa macam kebas2 dan pinggang kadang selalu sakit

Dr Ramzdhan 30 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
  • Prolapsed intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
  • Scoliosis dan kyphosis tulang
  • Kanser tulang belakang
  • Osteoporosis (tulang yang lemah)
  • Radang sendi tulang belakang
  • Jangkitan kuman tulang belakang
  • Penyakit batu karang
  • Penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease)

Untuk masalah kaki ibu anda, ia boleh merupakan gejala tambahan daripada penyakit-penyakit yang telah saya nyatakan di atas.

Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 15:11:17 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit badan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19