Muzammil

6 tahun

Saya sakit bahagian belakang, doktor kata skoliosis

Saya berasa sakit sangat kat bahagian belakang badan saya ni. Sebelum ni dokter kata tulang belakang saya bengkok? Skoliosis dia kata. tak pasti juga. Nak tanya doktor, ada tak cara-cara yang boleh bantu supaya sakit belakang saya ni berkurang sikit?

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera.

Adalah dianggarkan bahawa setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya satu episod sakit belakang dalam kehidupan mereka. Punca-punca yang boleh menyebabkan sakit belakang termasuk:

• Otot belakang tergeliat
• Kecederaan otot belakang semasa bekerja atau bersukan
• Otot belakang yang letih
• Tulang belakang patah
• Skoliosis yang teruk
• Ketumbuhan tulang
• Posisi dan kedudukan belakang yang tidak betul (amat biasa dalam kalangan pekerja pejabat dan pelajar)

Skoliosis merupakan sejenis kondisi di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. X-ray tulang belakang yang normal biasanya akan menunjukkan tulang belakang yang lurus tetapi x-ray skoliosis kelihatan seperti huruf S atau C. Skoliosis lebih kerap berlaku kepada kaum wanita dan biasanya ia berlaku semasa tumbersaran memecut pada usia 9 tahun untuk perempuan dan 12 tahun untuk lelaki.

Skoliosis bukannya disebabkan oleh factor-faktor seperti duduk membongkok duduk dalam keadaan janggal, tidur dalam posisi tidak betul atau tidur atas tilam lama yang nipis. Secara amnya, skoliosis tidak menyebabkan sakit belakang. Hanya skoliosis yang teruk sahaja yang akan menyebabkan kesakitan di bahagian belakang. Skoliosis yang teruk juga boleh mneyebabkan kesesakan nafas dan kecacatan bentuk badan.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca gejala anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)