Sulit
3 tahun
Saya sakit buah dada dan terasa sakit di bahagian punggung
Saya berusia 35 tahun…mengalami sakit buah dada dan sakit bahagian punggung…selama tiga hari…saya juga belum datang bulan utk bln 11 ni…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerana payudara menjadi lebih sensitif maka terasa sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Pembengkakan payudara akibat - saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Hormon yang dihasilkan waktu haid juga boleh menyebabkan punggung anda sakit. Untuk masalah haid anda, banyak kemungkinan boleh dikaitkan dengan haid yang tidak datang seperti:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!