
Sulit
3 tahun
Saya sering sakit kepala menjelang malam atau subuh
Saya wanita berumur 29.hari2 sakit kepala malam atau subuh.sampai kena ambil pain killer.kadang2 berasa pandangan hitam apabila bangun dari duduk ke.kenapa ye dokter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami keresahan anda yang mengalami masalah sakit kepala yang kerap. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Stres
- Kekurangan tidur
- Kekurangan minuman air menyebabkan dehydrasi
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Melihat skrin tv atau telepon terlalu lama
- Anemia
- Migrain
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Untuk mendapat punca sebenar gejala sakit kepala anda, anda perlu merujuk kepada doktor untuk menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian tambahan. Anda boleh juga mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.