
Sulit
4 tahun
Saya sudah hilang selera selama 3 bulan. Saya lapar tapi saya takde selera dan kalau saya paksa diri makan saya rasa nak muntah
Saya seorang perempuan yang berumur 20 tahun. Saya seorang student. Dah masuk 3 bulan saya takde selera makan. Saya sering berasa lapar tapi saya takde selera makan . Kalau saya paksa diri makan saya rasa nak muntah. Apa sebenarnya masalah saya dan aa jalan penyelesaiannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, keterangan yang diberikan berkenaan keluhan adalah kurang jelas. Namun, secara umum, hilang selera makan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara atau penyakit dasar, seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Sebaiknya anda segera mendapat rujukan sebelum tubuh badan anda menjadi terlalu lemah akibat kurang masukan nutrisi. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.