
Sulit
4 tahun
Saya tak mengalami morning wood
Saya lelaki umur 20 tahun , saya kebiasaan mengalami morning wood tetapi sejak kebelakangan ni saya tak dapat mengalami gejala morning wood dan saya khuatir adakah saya akan mati pucuk?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala tiada morning wood ini boleh disebabkan beberapa perkara dan punca kepada masalah ini perlu ditangani dahulu sebelum penggunaan ubat-ubatan. Antara punca-punca kepada gejala tiada morning wood ini adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang
- Kesan pembedahan pelvis seperti pembedahan hernia
Untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat-ubatan - ubat bagi mati memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.